Awan berbentuk seperti seorang lelaki berdoa jadi viral fb Malaysia!

KOTA KINABALU 17 Ogos – Beberapa keping gambar pembentukan awan seolah-olah seorang lelaki memakai serban dan sedang berdoa menjadi viral di media sosial selain menimbulkan pelbagai persepsi umum.
Memetik laporan UtusanOnline, gambar awan tersebut dikatakan ‘muncul’ di Tawau, pada pukul 6 petang, 13 Ogos lalu.

Awan Berbentuk Lelaki Sedang Berdoa Jadi Viral 2
Rata-rata pengguna media sosial menjadikan gambar awan itu sebagai topik perbualan dan disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa.
Ada juga yang melihat pembentukan awan tersebut sebagai per*ingatan daripada Tuhan.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Ramalan Cuaca Kota Kinabalu, Jabatan Meteorologi Malaysia ne*geri menjelaskan, awan berkenaan dikategorikan daripada jenis awan yang tebal dan dikenali sebagai kumulonimbus.
“Ini bukannya sesuatu yang pelik dan luar biasa. Pembentukan awan berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk tiupan angin dan cuaca. Lagipun awan itu terbentuk untuk tempoh masa yang singkat,” jelasnya.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen dari teman:

Post a Comment

Copyright © 2013. Viral FB Malaysia
Distributed By My Blogger Themes | Created By ThemeXpose